Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Ukur Baju Di Badan Sendiri

K enaikan harga barang dilihat tidak memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat supaya lebih bersikap berjimat cermat dan bersederhana dalam berbelanja. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah beberapa kali harga barang dinaikkan, namun cara perbelanjaan dan penggunaan dilihat masih tidak berubah-ubah. Kalau berubah pun, ia hanya sekejap sahaja, iaitu ketika harga barang baru dinaikkan. Paling lama pun lebih kurang sebulan dua sahaja.  T idak dinafikan manusia mempunyai naluri keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas ( unlimited want ). Dengan itu, tidak pelik jika ada dalam kalangan mereka yang sering berkeinginan besar untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan diri. Kehidupan mereka boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu ‘lebih besar kerak dari periuk’ hasilnya pula ‘biar papa asal bergaya’. S ebenarnya punca utama yang menyebabkan timbulnya keinginan yang tidak terbatas ini kerana jiwa manusia dipengaruhi oleh nafsu-nafsu yang mendorong kepada sifat-sifat